Tuesday, January 11, 2011

ape!!! lagi popular???

korang mesti tertanya-tanya kan tajuk yang aku buat ni kan..lagi popular?? ermm..haha..sebenarnya aku nk cerita kat korang pasal nate ni...

jangan takot k..korang mesti tau nate apa ni kan..aku tergerak hati nak tulis pasal toyol ni sebab tadi masa makan sambil tengok tv..tengok la drama bersiri pasal toyol..tu yang nk kongsi cerita sikit dengan korang pasal toyol ni..

haa..masa aku search pasal toyol tadi aku terjumpak pasal latar belakang toyol ni..(bila aku search ntah)

nama penuh    : Syed Al-Toyol ibni Syed Al-Hantu
nama gelemor : toyol, hantu hijau, hantu botak, bogel man
tempat lahir     : gombostan, dekat-dekat dengan negeri setan
tarik lahir         : tak di kenalpasti
jantina             : wujud dalam bentuk lelaki sahaja, cuba bayangkan kalau wujud dalam bentuk pompuan
                         cam mana?? hehe..
warna kegemaran : hijau
makanan kegemaran : darah
ciri-ciri toyol : warna hijau, telinga capang, budak2, suka berbogel dan suka permainan.
status : single..belum baligh dan ingin tumpu pada kerjaya sepenuhnya.
pekerjaan : mencuri
majikan : orang sesat( bukan sesat jalan ok!)

haa..tu la serba sedikit biodata toyol..pasni kalau korang jumpa sape-sape yang mempunyai ciri macam ni..jangan tunggu lagi dan terus berlari tanpa toleh belakang k..

ok lah..kita berbalik pada tajuk..kalau korang nak tau..toyol tu sebenarnya lagi popular daripada aku..macam tak percaya je aku.. nak tau kenapa aku cakap macam ni?? tengok bawah ni

1. semua orang kat dalam malaysia ni kenal toyol..sebut je nama toyol..semua orang jadi histeria..kalau aku la..setakat kat kampung je orang kenal..tu pun tak semua..huhu

2. kalau toyol melawat kampung korang..semua orang terkejut..betul ke kampung kita ada toyol..memang di segani ar..segan sampai tak nak keluar rumah..kalau aku la balik kampung..orang tak ambil peduli pun..

3. toyol ni memang popular dan ti takuti..kalau budak-budak yang degil dan tak nak dengar cakap..cakap toyol je..jadi takot abis..jangan kata budak-budak..samseng tahap brutel mana pun kalau jumpak dengan toyol..kecut perut dan lari lintang pukang korang nak tau..hebat kan??

4. tahap kepopularannya bukan takat menjadi buah mulut orang tapi sampar tersebar kat internet tau..muka-muka toyol banyak terpampang kat dalam web site..kalau korang tak percaya korang search ar..sampai seluruh dunia dah kenal tau..kalau aku..jangan jadi buah mulut aorang..masuk internet pun tak pernah..

5. sebab terlampau popular sangat..sampai orang filem ambil jadi pelakon..ish..ish..ish..banyak dah sekarang berlakun dalam film..aku..habuk pun tak dak..

6. tapi kalau dia mencuri..polis tak kan ambik tindakan sebab polis respek toyol ni dalam mencuri..kiranya di hormati polis la..aku kalau la mencuri..silap-silap..

7. kalau korang nak tau..toyol pun ada buat album tau..tajuk lagu dia toyol..aku setakat nyanyi dalam billik air je la..

8. kalau la toyol ni mmerempat dok tepi jalan..orang sanggup jadikan anak angkat, walaupun rupa dia huduh..kalau aku la..mesti orang cakap..kecik-kecik tak nak mapus, udah besar susahkan orang..ada ke patot??

9. kalau korang nak tau lagi..toyol nia ada di jual di mekah tau..korang nak beli boleh pergi sana...aku promote sikit la toyol ni kat korang..hehe

10. toyol ni nama je budak lagi..tapi pasal internet dia terrer tau..dia ada web site  dan blog sendiri..aku setakat facebook je ada..( tipu la tu)

11. sangan terer dalam subjek matematik..sebab bila tuan dia suruh curi RM10, dengan tepat dia curi banyak tu je..terer kan??

sekarang korang dah caya la kan toyol ni lagi popular daripada aku ni..haha..aku pun terpaksa terima kenyataan ni.. dia popular sebab dia ni jahat..kalau aku pun jahat..rasa-rasa boleh jadi popular tak??

ni aku selitkan sikit petua orang kalau takot koyol curi duit korang..

1. orang kata..toyol ni suka main..jadi korang sepahkan permainan anak korang bila waktu malam..kalau tak dak permainan..guna kacang hijau pun tak pe..

2. stepler duit korang tu semua..sebab toyol dia curi duit je..duit cina mati korang letak banyak-banyak dalam laci..

3. simpan duit korang semua dekat bank..kan senanag..

KALAU BANYAK DUIT TU RAJIN-RAJIN LA BERSEDEKAH OK!!





No comments:

Post a Comment

online tv for you!!